๐Ÿ…ฟ๐Ÿ…ด๐Ÿ…ป๐Ÿ…ฐ๐Ÿ…ฝย  ๐Ÿ…ฟ๐Ÿ…ด๐Ÿ…ผ๐Ÿ…ฐ๐Ÿ…บ๐Ÿ…ฐ๐Ÿ…ฝ๐Ÿ…ฐ๐Ÿ…ฝย  โ–‘Dโ–‘Eโ–‘Tโ–‘Oโ–‘Kโ–‘Sโ–‘ โ–‘7โ–‘-โ–‘Hโ–‘Aโ–‘Rโ–‘Iโ–‘

 


Adakah anda bersedia untuk PERMULAAN BARU kearah kesihatan yang lebih baik? Pertama kali melakukan Detoks? Ikutilah pelan ini!

A first-timer to Detox? Just follow this plan!

  • Hari 1: Mulakan dengan salad yang sihat dan lazat serta kaya denganย SERAT.
  • Hari 2: Makan secara sihat denganย SUPย sayur-sayuran.
  • Hari 3: Serikan hidangan dengan campuran buah-buahan serta sayur-sayuran dari pelbagaiย WARNA.
  • Hari 4: Sertakan sekali pengambilan protein smoothie buah-buahan kedalam hidangan bagi memastikan anda kekalย BERTENAGA.
  • Hari 5: Teruskan pengambilan hidangan yang lebih berprotein untuk memastikan anda terusย CERGAS.
  • Hari 6: Anda kini boleh mengambilย KARBOHIDRATย dalam makanan anda.
  • Hari 7: Anda akan rasa lebih sihat danย SEGAR!
Mahukan Detoks yang menyeronokkan dan fleksibel? Reka pelan pemakanan peribadi anda.

โ„™๐•–๐•๐•’๐•Ÿ ๐••๐•–๐•ฅ๐• ๐•œ๐•ค ๐•“๐• ๐•๐•–๐•™ ๐•ž๐•–๐•Ÿ๐•›๐•’๐••๐•š ๐•ค๐•–๐•ค๐•ฆ๐•’๐•ฅ๐•ฆ ๐•ช๐•’๐•Ÿ๐•˜ ๐•ž๐•–๐•Ÿ๐•ช๐•–๐•ฃ๐• ๐•Ÿ๐• ๐•œ๐•œ๐•’๐•Ÿ ๐••๐•’๐•Ÿ ๐•—๐•๐•–๐•œ๐•ค๐•š๐•“๐•–๐•. ๐•€๐•œ๐•ฆ๐•ฅ ๐•ค๐•’๐•š๐•ซ ๐•™๐•š๐••๐•’๐•Ÿ๐•˜๐•’๐•Ÿ ๐•ž๐•’๐•œ๐•’๐•Ÿ๐•’๐•Ÿย  ๐•ก๐•–๐•๐•’๐•Ÿ ๐•ก๐•–๐•ž๐•’๐•œ๐•’๐•Ÿ๐•’๐•Ÿ ๐•ก๐•–๐•ฃ๐•š๐•“๐•’๐••๐•š ๐•’๐•Ÿ๐••๐•’.

  • Semua maklumat di dalam pelan pemakanan ini adalah bertujuan untuk maklumat dan pendidikan sahaja dan tidak bertujuan untuk diagnosis penyakit, dan tidak juga untuk merawat, mencegah atau menyembuhkan apa-apa penyakit atau keadaan kesihatan.
  • Hasil dan pengalaman dari Pelan Pemakanan Detox adalah berbeza bagi setiap orang, oleh itu hasilnya mungkin berbeza.
  • Kami mencadangkan agar anda terus bekerjasama dengan pakar perubatan professional yang berkelayakan semasa anda melakukan Pelan Pemakanan Detox.
  • Kami amat menggalakkan anda berunding dengan doktor anda sebelum memulakan Pelan Pemakanan Detox terutamanya jika anda hamil atau menyusu, mempunyai gangguan makan, mengambil sebarang ubat atau mempunyai sebarang keadaan kesihatan yang memerlukan diet khas.

HARI 1

Semua adalahย SERAT.
Mulakan pengembaraan Detoks anda dengan Serat untuk membuang segala sisa pepejal dari tubuh anda dan meneutralkan sistem pencernaan anda.

HARI 2

Semua adalahย SUP.
Sup detoks memerlukan campuran kandungan yang paling sihat sebanyak mungkin didalam satu mangkuk untuk membuang segala lemak.

Hari 3

Semua adalahย WARNA.
Vitamin dan mineral dari buah dan sayur pelbagai warna membantu mengaktifkan enzim detox yang memusnahkan toksin serta mengelakkan kemusnahan pada sel.

Hari 4

Semua adalah TENAGA.
Sumber protein yang baik meningkatkan jisim otot, memberi anda tenaga dari sejam ke jam seterusnya, dan membantu anda pergi lebih jauh!

Hari 5

Semua adalahย KECERGASAN.
Kekal fokus, tingatkan tumpuan mental dan dapatkan semula gaya hidup anda melalui pelan Detoks!

Hari 6

Semua adalahย KARBO.
Jadikan pengawalan pengambilan karbohidrat sebagai tabiat untuk membantu mengekalkan berat badan anda dan kesihatan optimum.

Hari 7

Semua adalahย PERMULAAN SEGAR.
Kini anda sudah bersedia!

PELAN PEMAKANAN PERIBADI

Anda boleh mereka Pelan Pemakanan Detoks peribadi harian anda dengan saiz hidangan makanan. Saiz hidangan makanan membantu anda mengawal saiz makanan anda dengan cara yang cepat lagi mudah. Dengan mengikuti saiz hidangan Makanan Detoks, anda kini satu langkah lebih dekat untuk rasa lebih ringan, lebih segar & lebih bertenaga!

Lihat bawah untuk mengetahui lebih lanjut tentang saiz hidangan makanan.

Hari 1 Hari 2 Hari 3 Hari 4 Hari 5 Hari 6 Hari 7 Hari 8-30
Sayuran 6 6 6 4 3 3 3 3
Buahan 4 4 4 3 3 3 2 2
Protein 0 0 0 1 2 2 2 2
Karbohidrat 0 0 0 0 0 1 2 2

Nota: Nombor diatas mewakili hidangan pengambilan makanan dalam sehari.

Selepas 30 hari, ikut saiz hidangan yang disyorkan pada piramid makanan untuk mencapai pemakanan yang sihat dan seimbang1.

Rujukan: Malaysia Dietary Guidelines, National Coordinating Committee on Food and Nutrition, Ministry of Health Malaysia, 2010.
Hari 8-30: SAYUR-SAYURAN

Pilihย 3ย hidangan sayur-sayuran setiap hari. Satu hidangan sayur-sayuran bersamaan dengan yang berikut;

1 cawan kacang panjang
1 cawan lobak merah
1 cawan brokoli
1 cawan kacang buncis
1 cawan tomato ceri

1 hidangan sayur-sayuran tidak berdaun:
โ€ข Dimasak = 1/2 cawan
โ€ข Mentah = 1 cawan


1 cawan bayam
1 cawan sayur salad
1/2 cawan kailan masak

1 hidangan sayur-sayuran berdaun:
โ€ข Dimasak = 1/2 cawan
โ€ข Mentah = 1 cawan
(1 cawan = 200ml)

 

Hari 8-30: BUAH-BUAHAN

Pilihย 2ย hidangan buah-buahan setiap hari. Satu hidangan buah-buahan bersamaan dengan yang berikut;

1 biji epal (sederhana)
1 potong tembikai susu
1 biji pisang (sederhana)

1/2 biji jambu batu (sederhana)
1 biji oren (sederhana)
8 biji anggur

1 biji belimbing (sederhana)
1 potong tembikai
1 biji pir (sederhana)
Hari 8-30: PROTEIN

Pilihย 2ย hidangan protein setiap hari. Satu hidangan protein bersamaan dengan yang berikut;

1 ketul ayam (saiz tapak tangan)
2 biji telur
1 keping keju

1 ketul salmon (saiz tapak tangan)
3 sudu makan ESP (28g)
1 ketul daging lembu (saiz tapak tangan)

2 keping tofu
2 sudu besar Cinch Shake Mix (43g)
1 ekor ikan (sederhana)
Hari 8-30: KARBOHIDRAT

Pilihย 2ย hidangan karbohidrat setiap hari. Satu hidangan karbohidrat bersamaan dengan yang berikut;

1 mangkuk nasi
1 mangkuk pasta
3 keping biskut

2 keping roti
1 mangkuk bijirin
1 mangkuk oatmeal

1 keping capati

By admin

5 thoughts on “PELAN PEMAKANAN DETOKS 7- HARI”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!
Open chat
Tanya Saya di sini